Friday, 11 December 2015

Kawan Rapat vs Sahabat





kawan rapat...
kawan rapat dikategorikan sebagai kawan yang rapat dengan kita.
selalu berhubung, berjumpa, bertanya khabar dan selalu bersama.
seseorang yang akan menemani kita dikala keseorangan. 
akan selalu menegur dan membetulkan kesilapan.
selalu juga mengambil berat. 

tetapi... tidak boleh dibandingkan dengan sahabat sejati.

kata orang, 
sahabat ialah seseorang yang kita ingin bersama.
seseorang yang akan menasihati, menegur, dan mendampingi kita ke arah kebaikan.
seseorang yang mengambil berat tentang kita.
sentiasa berada disisi kita disaat kita berduka dan gembira
seseorang yang kita ingin bersama di masa hari-hari yang bersejarah bagi kita.
mereka seperti keluarga dan saudara.
dan yang paling penting yang ada pada sahabat yang tidak ada pada orang lain ialah mereka mengetahui semua rahsia kita yang tidak semua orang tahu...
itulah pentingnya sahabat...

tetapi, sejauh manakah kesetiaan seorang sahabat itu? adakah semua orang sama? adakah insan yang digelar sahabat itu benar-benar seorang yang kita cari-cari selama ini? yang faham antara satu sama lain? banyak juga persoalan yang bermain difikiran...

susah juga ingin mencari seorang sabahat yang betul-betul "sabahat". 
walaupun manusia tidak sempurna. tetapi adakah kehadiran sahabat itu dapat menyempurnakan antara satu sama lain?

dengan kawan rapat kita jarang bergaduh kerana kita jarang bergurau kasar dengan mereka. 
tetapi dengan sahabat kita selalu juga bergaduh walaupun perkara kecil. tapi gaduh itu hanya gurauan sahaja. sekejap je dah okay kan? walaupun kadang-kadang sakit hati yang terlampau... hakhak!

kadang kala mereka yang digelar kawan rapat itu juga lebih menghargai kita jika dibandingkan dengan sahabat yang kita dah lama kenal... mereka lebih menghormati kita lebih daripada seorang kawan. walaupun kawan rapat ini tidak boleh dibawa gurau sebagaimana kita bergurau dengan sahabat. tetapi ada juga istimewanya memiliki kawan rapat. jika dapat kawan rapat yang benar-benar ikhlas dengan kita, dia akan sentiasa mengambil berat tentang kita. 

bukti yang aku dapat...
aku hantarkan satu gambar kepada semua kawan aku termasuk juga sabahat aku.
tetapi yang membuatkan aku rasa terkilan dan sedih.
mereka yang aku gelarkan sahabat tidak bagi apa-apa responds pun.
walaupun aku tahu mereka telah melihat post yang aku berikan...
tetapi bercanggah pula dengan mereka yang aku gelarkan kawan rapat.
mereka lebih menghargai aku dengan menyatakan responds yang membuatkan hati aku tersentuh dengan kata-kata mereka...

seorang kawan rapat aku menyatakan:
"zombie! don't say like that"
"saya selalu maafkan awk"
"muah ...love you"

aku terasa sangat dihargai oleh mereka yang digelar kawan rapat.
tetapi mengapa tidak oleh seorang sahabat?
adakah mereka betul-betul seorang sahabat bagi aku?
adakah mereka benar-benar ikhlas berkawan dengan aku?
aku tidak ingin mempersoalkan semua ini.
tetapi hatiku meronta-ronta.
menyatakan pelbagai persoalan.
kadang kala hati tertanya-tanya "adakah benar mereka sahabat aku? 
atau hanya kawan rapat yang menjadi tempat untuk mengisi masa dikala waktu lapang?"

tetapi ada juga waktu yang aku rasa seronok bersama mereka yang digelar sahabat. 
mereka boleh dibawa gurau.
walaupun aku seorang yang kasar.
mereka tetap bersabar dengan kerenah aku
mereka sanggup layan kegilaan aku.
kalau bergaduh pun, tak lama, nanti berbaik semula.

walau apa pun, sahabat tetap sahabat...
kita tak suka macam mana pun dengan perangai diorang
tapi kita cuba untuk saling memahami dan menegur antara satu sama lain.

aku tetap bersyukur mendapat ramai kawan yang ikhlas nak berkawan dengan aku.

Alhamdulillah. semoga Allah merahmati semua umat Islam di dunia ini... In Sha Allah...