
kawan rapat...
kawan rapat dikategorikan sebagai kawan
yang rapat dengan kita.
selalu berhubung, berjumpa, bertanya
khabar dan selalu bersama.
seseorang yang akan menemani kita dikala
keseorangan.
akan selalu menegur dan membetulkan
kesilapan.
selalu juga mengambil berat.
tetapi... tidak boleh dibandingkan dengan sahabat sejati.
kata orang,
sahabat ialah seseorang yang kita ingin
bersama.
seseorang yang akan menasihati,
menegur, dan mendampingi kita ke arah kebaikan.
seseorang yang mengambil berat tentang
kita.
sentiasa berada disisi kita disaat kita
berduka dan gembira
seseorang yang kita ingin bersama di
masa hari-hari yang bersejarah bagi kita.
mereka seperti keluarga dan
saudara.
dan yang paling penting
yang ada pada sahabat yang tidak ada pada orang lain ialah mereka mengetahui
semua rahsia kita yang tidak semua orang tahu...
itulah pentingnya
sahabat...
tetapi, sejauh manakah kesetiaan seorang sahabat itu? adakah semua orang sama? adakah insan yang digelar sahabat itu benar-benar seorang yang kita cari-cari selama ini? yang faham antara satu sama lain? banyak juga persoalan yang bermain difikiran...
susah juga ingin mencari seorang sabahat yang betul-betul "sabahat".
walaupun manusia tidak
sempurna. tetapi adakah kehadiran sahabat itu dapat menyempurnakan antara satu
sama lain?
dengan kawan rapat kita jarang bergaduh kerana kita jarang bergurau kasar dengan mereka.
tetapi dengan sahabat kita
selalu juga bergaduh walaupun perkara kecil. tapi gaduh itu hanya gurauan
sahaja. sekejap je dah okay kan? walaupun kadang-kadang sakit hati yang
terlampau... hakhak!
kadang kala mereka yang digelar kawan rapat itu juga lebih menghargai kita jika dibandingkan dengan sahabat yang kita dah lama kenal... mereka lebih menghormati kita lebih daripada seorang kawan. walaupun kawan rapat ini tidak boleh dibawa gurau sebagaimana kita bergurau dengan sahabat. tetapi ada juga istimewanya memiliki kawan rapat. jika dapat kawan rapat yang benar-benar ikhlas dengan kita, dia akan sentiasa mengambil berat tentang kita.
bukti yang aku dapat...
aku hantarkan satu gambar
kepada semua kawan aku termasuk juga sabahat aku.
tetapi yang membuatkan aku
rasa terkilan dan sedih.
mereka yang aku gelarkan
sahabat tidak bagi apa-apa responds pun.
walaupun aku tahu mereka
telah melihat post yang aku berikan...
tetapi bercanggah pula
dengan mereka yang aku gelarkan kawan rapat.
mereka lebih menghargai aku
dengan menyatakan responds yang membuatkan hati aku tersentuh dengan kata-kata
mereka...
seorang kawan rapat aku menyatakan:
"zombie! don't say
like that"
"saya selalu maafkan
awk"
"muah ...love
you"
aku terasa sangat dihargai oleh mereka yang digelar kawan rapat.
tetapi mengapa tidak oleh
seorang sahabat?
adakah mereka betul-betul
seorang sahabat bagi aku?
adakah mereka benar-benar
ikhlas berkawan dengan aku?
aku tidak ingin
mempersoalkan semua ini.
tetapi hatiku
meronta-ronta.
menyatakan pelbagai
persoalan.
kadang kala hati
tertanya-tanya "adakah benar mereka sahabat aku?
atau hanya kawan rapat yang
menjadi tempat untuk mengisi masa dikala waktu lapang?"
tetapi ada juga waktu yang aku rasa seronok bersama mereka yang digelar sahabat.
mereka boleh dibawa gurau.
walaupun aku seorang yang
kasar.
mereka tetap bersabar
dengan kerenah aku
mereka sanggup layan
kegilaan aku.
kalau bergaduh pun, tak
lama, nanti berbaik semula.
walau apa pun, sahabat tetap sahabat...
kita tak suka macam mana
pun dengan perangai diorang
tapi kita cuba untuk saling
memahami dan menegur antara satu sama lain.
aku tetap bersyukur mendapat ramai kawan yang ikhlas nak berkawan dengan aku.
Alhamdulillah. semoga Allah
merahmati semua umat Islam di dunia ini... In Sha Allah...